PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
- Pemeliharaan alam sekitar- Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
- Pemuliharaan alam sekitar- Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara
ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
- Jabatan Alam Sekitar (JAS)
- Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
PENEROKAAN HUTAN
- Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.
- Penebangan pokok, asap dari kilang dan kenderaan
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
- Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
- Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
- Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
- Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.
PENCEMARAN DARAT
PUNCA
- Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.
KESAN
- Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.
PENCEMARAN BUNYI
PUNCA
- Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.
KESAN
- Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.
CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
- Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.
KESAN-KESAN BENCANA ALAM
- Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.
No comments:
Post a Comment