Blue Snowflake

Wednesday, 20 August 2014

TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

Antara cabaran - cabaran yang bakal dihadapi oleh Malaysia pada masa akan datang ialah:

ANCAMAN DALAMAN
  • Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
  • Kumpulan militant atau puak ekstremis.
  • Kegiatan jenayah.
  • Kebanjiran pendatang asing.
  • Kegiatan rasuah.
  • Pemalsuan dokumen.
  • Penyalahgunaan teknologi.
ANCAMAN LUARAN
  • Kegiatan lanun di perairan negara.
  • Kekacauan politik.
  • Pengaruh budaya barat.
  • Masalah alam sekitar.
  • Serangan mata wang.
  • Serangan penyakit-penyakit kritikal.
  • Jenayah siber atau bahan-bahan porno
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
  • Mengecam keganasan.
  • Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
  • Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
  • Menyeru ke arah keamanan.
  • Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
  • Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)
  • Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.
  • Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
  • Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.





TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

Tema ini berkaitan dengan organisasi kerajaan Malaysia.
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

• Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih

PARLIMEN

KOMPONEN PARLIMEN

• Yang di-Pertuan Agong.

• Dewan Negara.

• Dewan Rakyat.

PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA

• Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.

• Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)

• Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-masing.

DEWAN RAKYAT

• Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

• Jawatan dipegang selama lima tahun.

• Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.

TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

ADAT RESAM PELBAGAI KAUM

1. KAUM MELAYU

  • Cukur jambul bayi berumur 7 hari
  • Memakai inai ketika bersanding

                                                            adat cukur rambut bayi
2. KAUM CINA
  • Menyolek mayat
  • Pemberian angpau ketika perayaan Tahun Baru Cina
pemberian angpau

3. KAUM INDIA
  • Memakai thali
  • Pemberian dawri oleh pengantin perempuan kepada pengantin lelaki
  • Membakar mayat
pemakaian thali

4. KAUM IBAN
  • Melukis tatu 
  • 'Ulat' ialah panggilan untuk bayi
  • Cucu si mati melangkah mayat supaya sentiasa sihat dan panjang umur seperti si mati
tatu 

PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
  • Satu bentuk warisan yang diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga
  • Pantang larang  merupakan salah satu cara untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran

1. KAUM MELAYU
  • Orang perempuan tidak dibenarkan menyanyi di dapur
2. KAUM CINA 
  • Kaum Cina tidak dibebenarkan menyapu di malam Tahun Baru Cina kerana takut hilang tuah
  • Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah
3. KAUM IBAN
  • Tidak boleh menyebut pasal makanan ketika hendak berjalan jauh
  • Lelaki tidak boleh membuat perahu ketika si isteri sedang mengandung